Warna boleh tunjuk emosi dan juga peribadi seseorang, tapi kalau PINK macam mana?
Sudah menginjak hampir penghujung tahun 2024, pastinya ramai tahu setiap warna melambangkan satu makna dan simbolik pada setiap orang. Ada yang suka menggambarkan warna sebagai emosi dan ada juga yang mahu mengetengahkan maksud warna dengan personaliti mereka.
Mewarnai pula kulit digital Lifestyle Asia Malaysia edisi 012 November kalini, Iris Leona, merupakan pempengaruh sensasi yang cukup diminati oleh rakyat di Malaysia. Bukan sahaja viral dengan versi Ketipak Ketipung Bawang, dia juga sering menjadi topik utama dunia hiburan.
Jika anda salah seorang yang suka melihat Iris Leona di layar media sosial, pastinya akan melihat gadis ini sering memakai warna merah jambu atau pink. “I guess by now everyone know I love PINK!” kata Leona ketika kami di tempat penggambaran. Memang tidak dinafikan warna merah jambu atau pink sangat cocok buat gadis ini, ia betul kena pada personalitinya!
Jadi apa maksud tersirat penggemar warna pink ini? Menurut artikel dari HunterLab, warna pink tercetus dari gabungan dua warna–red passion dan white purity. Warna merah jambu juga melambangkan cinta, menyayangi, dan belas kasihan. Ia juga menggambarkan satu perasaan aman, tenang, dan harapan. Warna pink juga sering dikaitkan dengan kesihatan yang baik seperti ayat “in the pink“.
Sebagai pempengaruh yang penuh dengan warna-warni merah jambu, jom kita lihat koleksi OOTD Iris Leona yang boleh dijadikan inspo!
Ketahui lebih lanjut mengenai Digital Cover LSA MY Kasih Iris Leona, isu 012 di sini
Isi kandungan
Not-so-formal cutie
Padanan gaya yang bersahaja bersama blazer french pocket dalam warna pastel pink bersama seluar pendek berwarna putih menyerlahkan lagi keperibadian Leona yang ceria dan bersahaja. Orang kata–elegan tetapi cute!
Blossom di tepi pantai
Menggayakan pakaian hem dress dengan corak bunga dalam rona merah jambu sungguh menyerlahkan suasan santai dan harmoni ketika bercuti. Terang-terang Leona tunjuk dia sangat sukakan percutiannya kali ini!
Airport fit check!
Nak merantau jauh sudah pastinya memerlukan kita dalam keadaan yang sangat selesa. Begitu juga buat Leona, menggayakan matchy sweater dan sweat pant berwarna pink, pastinya perjalanan pulang ke England satu perjalanan yang comfort!
Tradisional pink!
Memakai kain pario satin dan kebaya pendek berwarna pink menyerlahkan keayuan Mek Leona kita! Comey sunggoh!