Tolak benda negatif yang boleh menghancurkan keberanian diri itu penting! – Kasih Iris Leona
Menjadi penghias kulit digital 012 edisi bulan November kali ini adalah pempengaruh sensasi–Kasih Iris Leona. Banyak yang telah kami kupaskan di ruangan artikel utama mengenai personaliti dirinya yang cukup berbeza dalam platform media sosial.
View this post on Instagram
Sebagai pempengaruh juga, Leona tidak terlepas menjadi mangsa kritikan warganet yang suka menjadikan dirinya topik bualan hangat di media sosial. Manakan tidak, setiap apa yang dipakai atau lakukan sering menjadi satu gosip hangat di dunia media hiburan jua.
Untuk melangkah menjadi satu idola atau personaliti di mata orang, kita pastinya perlukan benteng diri yang kuat untuk menahan segala kritikan yang diberikan. Ya, adakalanya kritikan itu adalah satu nasihat tetapi bagi kes Leona, ramai yang suka memberikan perasaan yang bercampur baur.
Cara Leona kekal confident di media sosial!
View this post on Instagram
#1 Tak perlu kisah apa yang orang katakan
Kata Leona, “How I deal with negative comments? I just don’t care about it! Once I posted a video, saya tidak akan baca semua komen-komen. Ya, saya suka perhatian dari orang ramai, tapi saya tidak perlukan orang untuk memuji saya atau menyukai saya. Ia lebih kepada “Look at me, but I don’t care what you think of me” bukan seperti “Look at me and tell me that you like me”, that’s the mindset yang saya terapkan dalam diri.”
#2 Sayang diri tanpa people’s validation
Bila di media sosial, ramai yang mendambakan pujian dari warganet mungkin pada kejayaan yang di kongsi atau kecantikan rupa paras. Seperti Leona, dia tidak mahu semua itu kerana ia tidak melambangkan semangat cinta pada diri yang sebenar. “I just love myself, dan saya tidak perlukan orang untuk validate that! Ada orang memang thirsty for compliments tapi saya bukan macam itu. So I don’t read people’s comments, jadi saya memang tak tahu apa orang fikir tentang diri saya.”
#3 Bangga boleh tapi bukan overconfident
Bagi Leona, untuk bangga dengan diri sendiri itu sangat penting sebagai satu self-reward. Setiap manusia perlu ada rasa bersyukur dan menghargai diri atas apa yang kita lalui tetapi perlu ada limitasi untuk rasa bangga itu kerana mungkin ia akan makan diri. “Saya takut juga kalau orang suka dan puji nanti saya riak, dan buat saya overconfidence, jadi saya tak mahu keyakinan itu datang dari orang lain, ia perlu hadir dari diri saya sendiri. Susah kalau bergantung kepada apa orang cakap, bagaimana jika suatu hari nanti, orang dah tak suka saya? Saya jadi down, dan hilang keyakinan itu, tapi bila keyakinan tu dari kita sendiri, apa saja yang orang cakap it can’t shake you.”