Dalam suasana yang cukup mendebarkan, Francesco Bagnaia dari Ducati Lenovo muncul mengungguli perlumbaan MotoGP PETRONAS Grand Prix Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang yang baru sahaja berlangsung semalam.
Kemenangan ini bukan sahaja memberi Bagnaia gelaran juara perlumbaan, tetapi juga menambah intensiti persaingan untuk kejuaraan dunia yang kini menuju pusingan terakhir. Dengan aksi yang luar biasa dan strategi yang bijak, Bagnaia berjaya memintas Jorge Martin dari Pramac Ducati untuk dinobatkan sebagai juara dunia lebih awal, menjadikan suasana perlumbaan semakin hangat.
Muncul juara, Francesco Bagnaia buktikan skil di litar Sepang
View this post on Instagram
Perlumbaan bermula dengan kejutan apabila kemalangan yang melibatkan tiga pelumba—Brad Binder, Jack Miller (Red Bull KTM), dan Fabio Quartararo (Monster Yamaha)—memaksa perlumbaan dimulakan semula seawal pusingan pertama.
Setelah perlumbaan disambung, Francesco Bagnaia mempamerkan kemahiran dan semangat juang yang tinggi, menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 38 minit 04.563 saat, melintasi garisan penamat 3.141 saat di depan Martin yang menamatkan perlumbaan di tempat kedua. Enea Bastianini, juga dari Ducati Lenovo, melengkapkan podium di tempat ketiga.
Menyentuh tentang perlumbaan tersebut, Francesco Bagnaia akui, “Sejujurnya, berhadapan dengan perlumbaan di Sepang adalah mudah kerana Martin sangat agresif, mengetahui saya perlu berada di belakangnya.” Dia menambah, “Saya mempunyai kelajuan yang baik, jadi saya tahu saya boleh menyerang dengan lebih agresif. Ini adalah kemenangan ke-10 kami pada musim ini, jadi ia adalah kerja yang menakjubkan.”
Dengan kemenangan ini, Bagnaia yang bermula dari petak utama kini mengurangkan jurang dalam kedudukan kejuaraan. Setelah ketinggalan 29 mata di belakang Martin, jurang tersebut kini dipotong kepada 24 mata, mengekalkan harapan untuk meraih gelaran juara.
Pertarungan antara kedua pelumba semakin sengit, dengan mereka saling bertukar posisi sepanjang perlumbaan. Motivasi Bagnaia untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan teratas sangat jelas, terutamanya apabila Martin tampak mengendurkan cabarannya menjelang akhir perlumbaan untuk mengelakkan risiko terjatuh.
Malang menimpa pelumba Gresini Ducati, Marc Marquez, yang terjatuh, menambah dramatik perlumbaan. Dari ketiga pelumba yang terjatuh, hanya Quartararo yang berjaya kembali ke trek, menamatkan perlumbaan di tempat keenam, sementara Marquez terpaksa berpuas hati di tempat ke-12.
Melihat ke hadapan, perlumbaan penutup musim MotoGP akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol, setelah perlumbaan yang sepatutnya diadakan di Valencia dibatalkan akibat banjir besar yang melanda kawasan tersebut.
Pelumba ‘Wildcard’ tempatan menyerikan perlumbaan
Perlumbaan MotoGP PETRONAS Grand Prix Malaysia 2024 juga memberi peluang kepada bakat tempatan untuk bersinar, dengan pelumba Moto2, Muhammad Helmi Azman dan Khairul Idham Pawi beraksi sebagai pelumba wildcard. Namun, Khairul Idham, yang lebih dikenali sebagai SuperKIP, terpaksa menarik diri akibat patah tangan kiri dan kecederaan pada kaki yang dialaminya semasa kemalangan di sesi kelayakan.
Muhammad Helmi, yang mewakili PETRONAS MIE Racing RW, memulakan perlumbaan dari petak ke-29 dan berusaha keras untuk menamatkan di tempat ke-23, melintasi garisan penamat dengan catatan masa +49.239 saat di belakang pelumba lain.
Dia menyatakan kepuasan terhadap prestasi yang ditunjukkan, “Saya berpuas hati kerana berlumba pada tahap maksimum berbanding hari pertama. Saya juga banyak meningkat berbanding tahun lepas, dan sasaran masa sepusingan saya sudah tercapai.”
Kini musim MotoGP semakin hampir ke penghujung, keterujaan terus memuncak dengan majoriti peminat tidak sabar untuk menyaksikan pertembungan akhir di Barcelona. Stay tuned for more!
Kredit: BERNAMA
Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia
(Kredit gambar featured & hero: Awani)