Blackjacks, this is not a drill. Bersedia dengan wang anda kerana konsert yang telah anda tunggu-tunggu akhirnya bakal berlangsung – kumpulan gadis terkenal dari Korea Selatan, 2NE1, telah mengesahkan bahawa mereka akan menambah Kuala Lumpur ke dalam jadual jelajah mereka pada tahun 2025 sebagai sebahagian daripada reunion comeback mereka.
Berita ini mula tersebar hari ini apabila syarikat pengurusan kumpulan tersebut, YG Entertainment, mengumumkan bahawa lebih banyak bandar akan menyertai jadual jelajah Asia mereka. Pada mulanya, 2NE1 Welcome Back 2024-25 Asia Tour dijadualkan hanya berhenti di Manila, Jakarta, Hong Kong, Singapura, Kobe, Tokyo, Bangkok, dan Taipei.
Konsert reunion 2NE1 kini menambah tarikh baru di Kuala Lumpur menjelang Februari 2025
Kuala Lumpur dijangka menjadi tuan rumah kepada kumpulan ini pada 1 Februari 2025, sebelum mereka berlepas ke Ho Chi Minh City dan menamatkan jelajah mereka di Macau pada 22 Februari 2025. Walau bagaimanapun, butiran tiket masih belum diumumkan setakat ini, tetapi kami menjangkakan maklumat tersebut akan diumumkan dalam sehari dua lagi, jadi pastikan anda sentiasa mengikuti perkembangan hangat ini!
Sebagai salah satu nama paling terkenal yang memulakan gelombang K-Pop pada tahun 2010-an, 2NE1 telah mengumpul jumlah pengikut yang amat besar di seluruh Asia – terbukti apabila berita ‘reunion’ mereka sahaja sudah berjaya menggemparkan dunia dan menjadi ‘headlines’ majoriti berita dan agensi media.
Ditubuhkan pada tahun 2009, kumpulan ini terdiri daripada empat ahli utama: Bom, CL, Dara, dan Minzy. Meskipun mereka beraksi sebagai sebuah kumpulan, setiap ahli memiliki gaya individu yang unik dan berjaya membawa imej wanita yang sering dikaitkan dengan slogan , ‘girl power’.
EP sulung mereka yang diberi nama sama, yang memuatkan lagu-lagu seperti Fire dan I Don’t Care, terus melonjak naik di variasi carta muzik dan berjaya merebut tempat tertinggi. Populariti mereka juga terbukti sangat luar biasa sehingga I Don’t Care memenangi anugerah MAMA Song of the Year pada tahun yang sama dengan debut mereka, menjadikan mereka kumpulan gadis pertama yang mencapai pencapaian hebat tersebut.
Ini diikuti dengan album studio penuh pertama 2NE1 pada tahun 2010, bertajuk To Anyone, yang diterajui oleh lagu-lagu seperti Clap Your Hands, Go Away, dan Can’t Nobody. Walaupun tidak mencapai kejayaan kritikal yang setara dengan EP debut mereka, album ini mengukuhkan populariti komersial kumpulan tersebut, dengan debut di nombor 1 carta tempatan. EP kedua mereka yang juga diberi nama 2NE1 pada tahun 2011 memperlihatkan prestasi yang jauh lebih baik, menghasilkan beberapa lagu hit yang paling dikenang seperti Ugly, Don’t Cry, dan Lonely.
Keluaran terakhir 2NE1, Crush, terus memegang rekod sebagai album pertama oleh artis Korea yang berjaya muncul dalam carta Billboard Hot 200. Lebih mengagumkan, mereka dikenali secara meluas sebagai kumpulan gadis K-pop pertama yang mengadakan jelajah global dengan New Evolution Global Tour yang laris terjual. Kumpulan ini akhirnya dibubarkan pada tahun 2018.
Kredit gambar Hero & Featured: 2NE1/Instagram