Lifestyle Asia
Home > Gaya Hidup > 2 pingat perak di Olimpik Kuliner 2024: Pasukan Malaysia bukti kehebatan kuliner global
2 pingat perak di Olimpik Kuliner 2024: Pasukan Malaysia bukti kehebatan kuliner global

Cukup ikonik! Nama Malaysia kembali terlakar indah apabila Pasukan Kulinari Kebangsaan Malaysia sekali lagi mencipta sejarah di pentas Olimpik Kuliner 2024 dengan membawa pulang dua pingat perak berprestij dalam kategori Restaurant of Nations dan Chef’s Table.

Kejayaan ini bukan sahaja membanggakan Malaysia, tetapi juga berjaya menonjolkan kehebatan negara kita dalam mendapat pengiktirafan dunia kuliner. Di tengah persaingan sengit daripada 55 negara, pasukan yang terdiri daripada 18 chef berbakat ini membuktikan bahawa Malaysia bukan hanya mempunyai keunikan budaya, tetapi juga kekuatan dalam seni masakan yang semestinya tidak boleh dipandang rendah.

Bertanding di bawah Persatuan Ahli Kulinari Profesional (MPCA), mereka menunjukkan bukan hanya kepakaran dalam teknik memasak, tetapi juga kreativiti dan inovasi dalam mencipta hidangan yang memukau dan sihat. Pingat perak yang dimenangi pasukan ini adalah simbol kepada usaha tanpa henti mereka untuk memartabatkan masakan Malaysia di mata dunia. Turut berkesempatan untuk menemubual insan-insan hebat di sebalik kejayaan ini pada 23 Oktober lalu di KL Convention Centre, ayuh kami kongsikan rahsia kemenangan mereka dengan lebih mendalam.

Kejayaan cemerlang Pasukan Kulinari Kebangsaan Malaysia di Olimpik Kuliner 2024

ika 2024, nonosugar, olimpik kuliner 2024
Kredit: Cullinary Olympics

Olimpik Kuliner IKA yang diadakan setiap empat tahun sekali adalah antara pertandingan kuliner terbesar dan paling berprestij di dunia. Tahun 2024 menyaksikan lebih 55 negara bersaing, dan Malaysia tidak hanya menyertai tetapi juga mengukir kejayaan besar dengan membawa balik dua pingat perak.

Di sebalik kejayaan ini, Chef Bob Adnin, Ketua Chef dan Presiden MPCA, memainkan peranan penting dalam memimpin pasukan. Kepimpinan beliau, bersama dengan dedikasi para chef lain, telah memastikan kejayaan ini tercapai.

“Proses keseluruhan untuk prep for the competition adalah sangat mencabar kerana kami semua ada kerjaya masing-masing yang perlu diutamakan. Hampir lapan bulan juga kami ambil masa untuk pastikan menu yang bakal dibentangkan cukup sempurna daripada segi rasa dan teknik,” jelasnya kepada Lifestyle Asia Malaysia.

Barisan chef hebat sebagai ahli Pasukan Kulinari Kebangsaan Malaysia 2024

ika 2024, nonosugar, olimpik kuliner 2024
Kredit: LSA MY

Buat makluman, ahli Pasukan Kulinari Kebangsaan Malaysia terdiri daripada barisan chef berkaliber, dari yang sudah berpengalaman hingga yang sedang menempa nama dalam industri. Beberapa nama penting dalam pasukan ini termasuk:

  • Abu Hamidy Abu Samah, Chef Pastri Eksekutif di M Resort Hotel Kuala Lumpur
  • Arvinsingam A/L Jeyaratnam, Junior Chef De Partie di Grand Hyatt Kuala Lumpur
  • Chef Bob Adnin, Presiden MPCA dan Chef Perunding/Usahawan
  • Muhammad Firdaus Bin Atan Din, Chef De Cuisine di The Westin Kuala Lumpur
  • Marissa Umairah Binti Mohd Nazri, Commis 3 di The Westin Kuala Lumpur

Turut mencuri perhatian adalah Chef Marissa Umairah yang merupakan ahli pasukan termuda di usia 22 tahun. Berkesempatan untuk berkongsi pengalamannya bertanding di IKA 2024, Marissa akui bahawa ia bukanlah proses yang mudah.

“Untuk menghasilkan sebuah hidangan itu mungkin kelihatan mudah, tapi daripada pemilihan bahan hingga teknik, semuanya harus diteliti satu persatu sebab kita tidak mahu ada ‘mistake happened’ ketika bertanding,” jelasnya.

Kerjasama antara Nonosugar, produk inovatif dalam masakan Malaysia di pentas Olimpik Kuliner 2024

 

View this post on Instagram

 

A post shared by IZYAN SHAZWANI MUSA (@izyanmusamasak)

Satu lagi elemen yang membezakan Pasukan Kulinari Kebangsaan Malaysia di Olimpik Kuliner 2024 adalah kerjasama mereka dengan Nonosugar Health Tech, yang menyokong pasukan ini dengan produk inovatif seperti Tan Sri Ong P90 dan Red Cooking Oil. Produk-produk ini bukan sahaja membantu pasukan chef Malaysia dalam menghasilkan hidangan yang lazat tetapi juga lebih sihat, mematuhi prinsip masakan moden yang mengutamakan kesejahteraan.

Buat makluman, Tan Sri Ong P90 adalah minyak masak yang menggabungkan kebaikan minyak sawit dan minyak zaitun. Dengan kandungan tocotrienol (vitamin E) yang sangat tinggi, serta struktur kimia yang menyokong keseimbangan kolesterol, minyak ini menjadi pilihan utama para chef untuk menghasilkan hidangan yang tidak hanya enak tetapi juga sihat. Red P90, varian merah yang kaya dengan beta- dan alpha-carotene, turut menawarkan pelbagai manfaat kesihatan tambahan, termasuk sokongan untuk kesihatan jantung dan sistem imun.

Kredit: LSA MY

“Sebagai syarikat tempatan yang giat berusaha untuk mempromosikan minyak sawit tempatan, kami sangat teruja kerana minyak masak Tan Sri Ong P90 dan Tan Sri Ong Red P90 ditampilkan di peringkat antarabangsa, membantu tukang masak dalam menghasilkan hidangan lebih sihat yang mengagumkan para hakim,” komen Jeff Kong, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Nonosugar Health Tech.

Cukup ikonik! Inovasi ini berjaya memberi peluang kepada chef Malaysia untuk menggabungkan rasa yang luar biasa dengan bahan-bahan yang lebih sihat, dan hasilnya—hidangan yang bukan sahaja memukau dari segi rasa tetapi juga penuh khasiat.

Misi ke Olimpik Kuliner 2026

Setelah mencapai kejayaan di Olimpik Kuliner 2024, Pasukan Kulinari Kebangsaan Malaysia kini bersiap sedia untuk cabaran seterusnya – Piala Dunia Kuliner 2026 yang akan diadakan di Luxembourg. Dengan sokongan berterusan daripada Nonosugar, pasukan Malaysia berazam untuk membawa pulang lebih banyak pingat dan terus memperkukuhkan reputasi negara dalam dunia masakan.

Dunia kini semakin mengiktiraf kemampuan Malaysia dalam bidang kuliner, dan kita pasti akan menyaksikan lebih banyak kejayaan di Piala Dunia Kuliner 2026 nanti. Tahniah Lifestyle Asia Malaysia ucapkan buat Pasukan Kulinari Kebangsaan Malaysia atas pencapaian hebat ini!

Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia


(Kredit gambar featured & hero: Nonosugar & IKA 2024)

Note:
The information in this article is accurate as of the date of publication.

Written by

2 pingat perak di Olimpik Kuliner 2024: Pasukan Malaysia bukti kehebatan kuliner global

Adriana Syaurah

Digital Writer

Bermula dengan jatuh cinta pandang pertama terhadap dunia perfileman, Syaurah kini menjadikan nota dan pen teman akrab dalam kamus kehidupan. Mahu mendalami sisi dunia penulisan gaya hidup, penulis Gen-Z ini juga kerap meluangkan masanya menyelam di bundle sekitar KL.