Lifestyle Asia
Home > Sensasi > Siapa sebenarnya Cik Epal? Kenali usahawan muda terkenal ini
Siapa sebenarnya Cik Epal? Kenali usahawan muda terkenal ini

Nama Cik Epal, pempengaruh media sosial serta usahawan yang menggondol gelaran jutawan di usia muda ini sangat sinonim dikenali dengan gaya hidup yang mewah dan memberi inspirasi kepada kaum wanita.

Mula dikenali sebagai blogger, Cik Epal yang kini bergelar pempengaruh sosial media dan usahawan bagi produk Fair Fit menjadi inspirasi generasi muda hari ini kerana kemampuannya memberi suntikan semangat dan perangsang di dalam setiap posting di laman blog mahupun media sosial. Setiap hari ada saja kisah inspirasi yang dikongsikan ibu muda berusia 33 tahun ini.

Pernah tular dahulu mengenai kisah dia menghadiahkan seutas jam tangan mewah untuk suaminya, Jofliam (kini bekas suami) yang dianggarkan mencecah hampir RM100 ribu dan menempah tempat duduk first class dalam penerbangan Emirates untuk empat orang.

Biodata lengkap Cik Epal

cik epal, biodata cik epal, cik epal berjerai, dewi jofliam

Nama sebenar: Murni Mahmud

Nama panggilan: Cik Epal

Pekerjaan: Blogger, Usahawan, Pempengaruh

Beliau mendirikan rumah tangga bersama Jofliam atau nama sebenarnya, Jofli Abu Bakar dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu, Han dan Yuki.

Beliau adalah seorang blogger popular yang sudah menulis blog sejak 2008 lagi iaitu ketika usianya baru 17 tahun.

Pempengaruh popular ini telah melancarkan produk kesihatannya iaitu Fair Fit pada tahun 2018, dan hanya menggunakan pengaruh platform media sosialnya sahaja dia telah mengaut keuntungan berjuta-juta.

“Sebelum saya nak start bisnes Fair Fit, saya selalu tengok dan kaji sendiri founder-founder dalam Malaysia ni. Dari observation saja, saya banyak belajar apa kelemahan dan kelebihan diorang.

Founder famous dan low profile semua saya tengok. Yang brand lagi famous dari owner ke yang owner lagi famous dari brand ke semua saya observe. Sebenarnya dari observation je kita boleh belajar banyak benda. Sebab tu saya cakap macam previous post saya, anda tak perlu masuk kelas bisnes pun untuk permulaan nak start bisnes. Anda buat dulu, kaji, nanti anda akan faham sendiri selok-belok bisnes,” kata Cik Epal dalam temu bualnya bersama majalah Nona.

Pada tahun 2021 pula, beliau mengeluarkan produk kedua iaitu Makaji, krim khusus untuk kaum wanita.

Mengapa Cik Epal bercerai?

cik epal, biodata cik epal, cik epal berjerai, dewi jofliam

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja Jofliam memuat naik posting di Instagram Story mengenai status terkini perkahwinan mereka.

Ketika status itu dimuatnaik dia dikhabarkan sedang berada di Milan, Itali untuk menyertai Pertandingan Top 100 Pizza, menjelaskan bahawa statusnya kini “bukan lagi suami” kepada Cik Epal.

Pada masa yang sama juga suami Cik Epal itu juga dikhabarkan membawa pembantu peribadinya, Dewi dan juga ibunya ketika di Milan. Dan itu mengundang tanda tanya orang ramai mengenai status perkahwinan Cik Epal dan Jofliam.

“Saya bukan lagi suami kepada Cik Epal. Saya bukan lagi suami sesiapa dan urusan saya di sini adalah demi Top 100 Pizza.”

Memuat naik postingan balas dari kenyataan tersebut, blogger terkenal ini tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal rumah tangganya bersama suami kerana masih menghormati lelaki tersebut sebagai seorang ayah yang  baik dan bertanggungjawab kepada kedua-dua cahaya matanya, Han dan Yuki.

Bakal muncul dengan lagu sulung

Baru-baru ini tular mengenai berita Cik Epal bakal menghadiahkan lagu sulungnya yang bertemakan memperkasa wanita. Dan apa yang lebih menarik lagunya itu digubah oleh salah seorang penyanyi dan komposer lagu terkenal iaitu Vokalis Drama Band, Aepul Roza.

Aepul berkata, dia gembira menerima permintaan dari Cik Epal untuk menghasilkan lagu mengenai perkasa wanita, tidak hanya terbendung dalam tema cinta semata-mata.

“Sebelum ini, Cik Epal ada muat naik Instagram Story menggunakan lagu saya. Kemudiannya, saya ‘repost’ dan dia minta buatkan lagu. Saya cakap boleh sahaja.

“Lagu sudah siap dalam 50 peratus dan Cik Epal baru sahaja bertanya kepada mengenai perkembangan lagu. Cuma, saya sangat sibuk dengan minggu akhir program The Chosen One, jadi saya sambung tulis dan siapkan demo, minggu depan.

Foto: Instagram Cik Epal

Sumber: Nona, eCentral

Written by

Siapa sebenarnya Cik Epal? Kenali usahawan muda terkenal ini

Izzati Saadin

Senior Digital Editor, Beauty and Lifestyle

Sebelum ini Izzati hanya menulis tentang kecantikan, tapi dia sedar, hidup ini bukan sekadar untuk nampak cantik. Jadi dia nekad untuk terokai keindahan menulis dalam setiap sisi hidup, baik yang sakral atau tabu. Kalau bukan menulis, masanya lebih suka diluangkan di rumah makan snek dan nonton Netflix!