Lifestyle Asia
Home > Gaya Hidup > Kesihatan > Kebaikan Saffron yang ramai tidak tahu, bagus untuk kesihatan dan kulit jadi cantik
Kebaikan Saffron yang ramai tidak tahu, bagus untuk kesihatan dan kulit jadi cantik

Ramai yang mendambakan tubuh badan yang sihat dan kulit yang cantik, tapi semua itu perlu dikecapi dengan pengambilan makanan yang tepat. Seperti Saffron, masih ramai yang tidak tahu tentang kebaikan saffron, ia sebenarnya boleh mengubah tahap kesihatan anda dengan drastik!

Kebaikan saffron boleh dinikmati oleh setiap peringkat umur tidak kira lelaki mahupun perempuan. Terlalu banyak kelebihan saffron yang perlu anda tahu, selain ia bagus untuk kesihatan ia boleh buat kulit jadi cantik mulus!

Saffron atau zafran merupakan rempah herba yang sangat terkenal  dan cukup mahal, ia juga dikenali sebagai ‘Raja Segala Rempah’. dan rempah eksklusif ini berasal dari Asia Tenggara.

Harganya cukup mahal kerana proses untuk mendapatkannya agak rumit dan mekakan masa. Setiap stigma bunga harus dipetik secara manual dengan jumlah yang banyak untuk menghasilkan saffron.

Tentu anda lebih mengenali saffron ini dari masakan Timur Tengah bukan? Ya, rempah ini cukup popular digunakan dalam masakan di Timur Tengah, India, dan sebahagian Eropah, untuk memberikan rasa, aroma, dan warna pada beberapa jenis hidangan seperti nasi, kari, sup, kuih-muih, dan minuman.

Ia selalunya digunakan dalam kuantiti yang kecil, kerana setiap helaian saffron boleh memberikan rasa dan warna yang kuat. Tapi itu juga terpulang kepada gred saffron yang digunakan. Khasiat saffron juga mungkin berbeza mengikut kualiti saffron yang digunakan.

Bagaimana saffron dihasilkan?

kebaikan saffron, khasiat saffron, kelebihan saffron, safron, kesan minum air saffron
Foto: Pexels

Saffron berasal dari stigma bunga crocus sativus linneaus atau turut dikenali dengan nama crocus saffron. Setiap satu bunga hanya mempunyai 3 helai stigma sahaja, itu antara faktor yang menjadikan saffron ini mahal.

Prosesnya bermula apabila setiap stigma akan dikumpulan dan dikeringkan. Beribu kuntuman bunga Crous Sativus diperlukan untuk menghasilkan 1 kilogram Saffron.

Jenis saffron

Terdapat lima jenis saffron yang ada di dunia ini. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Saffron Kashmir, India: Saffron Kashmir adalah salah satu saffron yang paling mahal di dunia.
  • Saffron Maghribi: Saffron Maghribi harganya agak berpatutan, mempunyai rasa yang lebih unik dan ia sering digunakan dalam juadah signatur Maghribi.
  • Saffron Iran: Iran merupakan pengeluar saffron terbesar di dunia. Saffron Iran juga antara yang paling berkualiti dari jenis saffron lain.
  • Saffron Sepanyol: Saffron Sepanyol juga antara yang berkualiti, ia digunakan dalam masakan tradisional seperti paella.
  • Saffron Greek: Saffron Greek mempunyai kualiti yang baik dan biasa digunakan dalam masakan tradisional orang Greek walau bagaimanapun ia kurang dikenali ramai.

Penting untuk and ketahui kuantiti saffron yang boleh diambil dalam sehari. Disebabkan ia adalah salah satu jenis rempah, jadi sudah tentu ia mempunyai elemen ‘panas’. Kuantiti yang disarankan adalah dalam 30mg sehari bersamaan 10 helai saffron. Untuk kanak-kanak pula boleh dikurangkan kepada 1-2 helai sehari.

Kebaikan saffron untuk kesihatan

kebaikan saffron, khasiat saffron, kelebihan saffron, safron, kesan minum air saffron
Foto: Pexels

Saffron mempunyai kebaikannya untuk kesihatan pada badan manusia. Walaupun kajian masih dalam tahap awal, tapi secara keseluruhannya, dengan bahan anti oksida dan anti radang di dalam saffron mampu memberi kebaikan pada badan. Berikut adalah antara kebaikan saffron yang tak ramai tahu:

1. Anti oksida

Saffron mengandung bahan antioksida seperti crocin, crocetin, dan safranal, yang dapat membantu melawan stress dan mengawal adrenalin serta melindungi sel-sel dari kerosakan akibat radikal bebas.

2. Memelihara Kesihatan Mental

Beberapa penelitian menunjukkan bahawa saffron dapat membantu mengurangkan stress dan tekanan yang ringan. Kandungan saffron diyakini dapat mempengaruhi neurotransmiter tertentu dalam otak yang terkait dengan perasaan.

3. Menyembuhkan Gangguan Saraf

Saffron juga dikatakan berpotensi membantu melindungi saraf dan meningkatkan fungsi saraf. Ia boleh mengelakkan anda dari menjadi pelupa.

4. Merawat Mata

Beberapa kajian pada saffron mendapati dapat membantu melindungi kesihatan mata, mengelakkan rabun dan terjadinya katarak mata.

5. Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Saffron boleh mengurangkan kolestrol dalam darah secara tidak langsung boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

6. Anti radang

Saffron diyakini memiliki sifat anti-radang yang membantu mengelakkan keradangan dalam badan.

7. Mengelakkan Diabetes

Saffron telah dikaitkan dengan kemampuan menurunkan kadar gula dalam darah, sehingga memberi manfaat terbesar kepada pesakit diabetes.

8. Meningkatkan Sistem Imun

Satu lagi kebaikan saffron adalah bagi yang sering jatuh sakit seperti demam, batuk atau flu, eloklah amalkan pengambilan saffron. Ia mempunyai potensi untuk meningkatkan sistem imun tubuh kerana kandungan antioksidanya yang dapat membantu melawan jangkitan.

9. Mengurangkan segugut

Beberapa penelitian telah menunjukkan bahawa saffron dapat membantu mengurangkan gejala sindrom pramenstruasi (PMS) seperti sengugut, perubahan emosi, dan ketegangan.

10. Merawat kulit bermasalah

Kebaikan saffron yang paling digemari wanita, ia mampu mengatasi masalah jerawat lantas menghasilkan kulit yang glowing dan mulus!

Penyediaan air saffron

Bahan-bahan:

5-8 helai saffron

Secawan air panas

Madu (pilihan)

Cara:

Letakkan 1-8 helai saffron ke dalam air panas, kemudian biarkan semalaman. Waktu terbaik minum saffron adalah pada waktu pagi. Sekiranya rasanya terlalu kuat untuk anda, boleh kurangkan kuantiti saffron dan tingkatkan kuantitinya dari semasa ke semasa. Anda juga boleh campurkan air saffron dengan madu untuk rasa yang lebih manis.

Kebaikan saffron yang juga boleh didapati menerusi kaedah minum

Anda sendiri akan terkejut dengan perubahan pada badan anda apabila anda mula mengamalkan minum air saffron setiap pagi. Ada yang menyatakan badan terasa lebih cergas, tiada kelesuan bila bangun pagi. Kesan minum air saffron dari segi kecantikan atau kebaikan saffron untuk wanita pula anda boleh lihat perubahan pada kulit. Ramai wanita telah cuba mengamalkan minum air saffron dan terbukti ia membuat kulit lebih glowing, jerawat makin berkurangan, dan kesan jerawat pun hampir pudar.

Sumber: ecentral.my

Note:
The information in this article is accurate as of the date of publication.

Written by

Kebaikan Saffron yang ramai tidak tahu, bagus untuk kesihatan dan kulit jadi cantik

Izzati Saadin

Senior Digital Editor, Beauty and Lifestyle

Sebelum ini Izzati hanya menulis tentang kecantikan, tapi dia sedar, hidup ini bukan sekadar untuk nampak cantik. Jadi dia nekad untuk terokai keindahan menulis dalam setiap sisi hidup, baik yang sakral atau tabu. Kalau bukan menulis, masanya lebih suka diluangkan di rumah makan snek dan nonton Netflix!