Lifestyle Asia
Home > Travel > 11 tempat menarik di Ipoh untuk dikunjungi, nombor 3 menjadi pilihan ramai!
11 tempat menarik di Ipoh untuk dikunjungi, nombor 3 menjadi pilihan ramai!

Terletak kurang tiga jam dari Kuala Lumpur, Ipoh antara destinasi pilihan ramai untuk menghabiskan cuti hujung minggu. Tempat menarik di Ipoh dengan pelbagai tarikan membuatkan kunjungan anda ke ibu negeri Perak ini sangat berbaloi.

Bandar ini juga pernah tersenarai dalam laman web pelancongan antarabangsa, Lonely Planet sebagai antara destinasi terbaik pelancongan di Malaysia pada tahun 2016. Hebat bukan? Bukan calang-calang negeri bernama Ipoh ini.

Dengan tarikan daripada pelbagai segmen seperti makanan, budaya dan pemandangan ini, tidak hairanlah ia tersenarai dalam laman web pelancongan antarabangsa. Paling popular sudah pasti Ipoh White Coffee dan tau fu fah yang menarik selera ramai.

Selain itu lukisan mural di dinding bangunan bersejarah, gua batu kapur dan kolam air panas menambahkan lagi keistimewaan bandar diraja ini. 

Tempat menarik di Ipoh, port OOTD pun banyak

Sebenarnya banyak tempat menarik di Ipoh yang boleh anda lawati ketika menjejakkan di sana. Ia bukan sahaja sesuai untuk mereka yang sukakan sejarah, tetapi juga generasi muda yang inginkan kelainan dari pemandangan bandar semata. Di sini juga terdapat banyak spot menarik untuk bergambar OOTD ok!

1. Concubine Lane

tempat menarik di Ipoh
Kredit foto: xyzAsia

Lorong ini satu masa dahulu dinamakan Wife Lane sempena hadiah seorang taikun perlombongan kepada tiga isterinya. Jika anda ke sini, street art yang indah dengan lukisan mural pasti menarik perhatian anda untuk OOTD. Terdapat pelbagai jenis kedai pencuci mulut dan butik dengan hiasan dalaman menarik di sini. Hotel butik juga tersedia di sini jika anda mahu bermalam dan merasai vibes ketika zaman abad ke-19. 

Alamat: Concubine Lane Ipoh

2. Kong Heng Square

tempat menarik di Ipoh
Kredit foto: Eat the Wind

Identiti kota hipster Ipoh terserlah di sini dengan seni bina kolonial dan moden. Gabungan rekaan dua era menjadikan lokasi ini begitu unik. Terdapat jual beli karya seni dan kraf tangan di sini untuk anda bawa balik sebagai cenderahati. Di sini juga tempatnya anda boleh menikmati ais kepal dengan pelbagai perisa!

Alamat: 75a, Jalan Bandar Timah, 30000 Ipoh, Perak

3. Lost World Of Tambun

Kredit foto: Lost World of Tambun

Terbahagi kepada dry park dan wet park, pelbagai tarikan taman tema air tersedia di sini termasuk untuk kanak-kanak. Jika mahu aura seram boleh masuk ke rumah hantu di sini. Di sini anda sekeluarga juga boleh melawat zoo. Pelbagai haiwan terdapat di sini termasuk arnab, rakun, ular, zirafah dan harimau. Boleh juga cuba aktiviti lasak seperti berakit, merentas hutan, meneroka gua dan mendaki gunung di sini. 

Alamat: 1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak

4. Banjaran Hotspring Retreat

tempat menarik di Ipoh
Kredit foto: TheSmartLocal Malaysia

Boleh dapatkan pas sehari anda di sini yang akan memberi akses kepada semua kemudahan tanpa perlu bermalam di sini. Ia termasuklah mata air panas geoterma, kolam tempat berendam, gua hangat, gua kristal, mandian ais, kolam renang bebas dan banyak lagi.

Alamat: 1, Persiaran Lagoon, Sunway 3, 31150 Ipoh, Perak

5. Tasik Cermin Gunung Rapat

Kredit foto: Have Halal Will Travel

Tersembunyi di kawasan pergunungan dan dikelilingi oleh gua batu kapur, Tasik Cermin antara tempat paling menarik untuk OOTD. Memandangkan tasik ini dikelilingi oleh bukit yang menghalang angin, maka permukaan airnya memang sangat tenang serta tidak bergelora dan menghasilkan biasan. 

Alamat: Tasik Cermin, 31350 Ipoh, Perak

6. Book Xcess Kong Heng

tempat menarik di Ipoh kena lawat
Kredit foto: SAYS

Merupakan sebuah bank pada zaman 1980-an. Buku-buku di sini ada yang disusun di dalam peti simpanan, peti besi bank dan mesin deposit menjadikannya lokasi yang sangat menarik untuk OOTD. 

Alamat: 91, Jalan Sultan Yusuf, 3000, Ipoh, Perak

7. Muzium Yasmin Ahmad

Kredit foto: Jomjalan

Siapa saja tidak kenal pengarah filem terkenal ini. Terletak di tingkat atas Book Xcess, ia menggamit nostalgia dengan puisi, gambar-gambar dan filem arahan Yasmin Ahmad. 

Alamat: 91, Jalan Sultan Yusuf, 3000, Ipoh, Perak

8. Taman Rekreasi Gunung Lang

tempat menarik di Ipoh kena pergi
Kredit foto: Sungai Siput Boy

Terletak 5km dari bandar Ipoh, anda bakal disajikan dengan panorama indah alam semulajadi di sini. Gunung Lang merupakan satu destinasi di Ipoh yang patut dijaga untuk generasi akan datang nikmati.

Alamat: Taman Rekreasi Gunung Lang, Off Jalan Kuala Kangsar, 30010 Ipoh, Perak

9. Qing Xin Ling Leisure and Cultural Village

Kredit foto: Tripadvisor

Ia antara permata tersembunyi di Ipoh. Namanya jika diterjemah dari bahasa Mandarin bermaksud ‘bukit tenang’. Suasana dan landskap di sini seperti membawa anda ke negeri China. 

Alamat: 22A, Persiaran Pinggir Rapat 5 Taman Saikat, Ipoh 31350 Malaysia

10. Gua Tempurung

Kredit foto: Dunia Anakku

Gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia dan berada di selatan Ipoh. Gua ini mempunyai kubah besar, laluan sungai sempit, kebuk besar dan pembentukan stalagmit dan stalaktit.

Alamat: Jalan Gua Tempurung, 31600, Gopeng, Perak

11. Sam Poh Tong Temple

tempat menarik di Ipoh
Kredit foto: Wikimedia Commons

Merupakan tokong dalam gua batu kapur semulajadi. Ia dikatakan salah satu tokong gua terbesar di Malaysia dan ditemui sami Buddha dari China pada 1921. 

Alamat: Kampung Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak

Jadi mereka yang sedang merancang untuk ke Ipoh, anda bolehlah masukkan destinasi-destinasi ini ke dalam itinerari percutian anda di sana.

Semoga artikel ini bermanfaat buat anda yang ingin bercuti di Ipoh.

Sumber: klook

Kredit foto Hero & Featured: KAYAK & TheSmartLocal Malaysia

Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia

Note:
The information in this article is accurate as of the date of publication.

Written by