Lifestyle Asia
Home > Gaya Hidup > Kesihatan > 10 cara hilangkan sakit tekak paling berkesan, guna bahan kat dapur saja!
10 cara hilangkan sakit tekak paling berkesan, guna bahan kat dapur saja!

Selain pengambilan ubat-ubatan ada pelbagai cara hilangkan sakit tekak yang boleh anda cuba di rumah. Sakit tekak boleh berpunca daripada pelbagai perkara termasuklah jangkitan virus atau bakteria.

Sakit tekak boleh jadi satu kondisi yang tidak menyelesakan dan satu penyakit yang menjengkelkan, biasanya akan diikuti dengan demam atau selesema. Sementara penting untuk anda mendapatkan pemeriksaan pakar kesihatan untuk simptom yang teruk dan berpanjangan, ada juga beberapa remedi di rumah dan ubah gaya hidup yang boleh membantu menghilangkan ketidakselesaan yang berkait dengan sakit tekak.

Kali ini kami kongsikan 10 cara hilangkan sakit tekak paling berkesan yang boleh anda boleh cuba jika sudah ikhtiar ambil ubat-ubatan. Anda di antaranya boleh guna bahan di dapur rumah saja tau.

Cara hilangkan sakit tekak yang efektif

cara hilangkan sakit tekak
Kredit foto: Vicks

1. Berkumur dengan air garam

Ini perkara paling mudah dan bahan wajib ada di setiap dapur. Ambil satu sudu kecil garam dan bancuh di dalam separuh cawan air suam. Kumur hingga anda terasa masin di tekak. Air garam dapat mengurangkan bengkak dan iritasi pada kawasan tekak. Anda juga boleh gantikan garam dengan baking soda. Larutan ini juga dapat mengurangkan sakit tekak dan membantu mengurangkan asid refluks.

2. Ambil makanan atau minuman yang hangat

Teh, kopi kosong panas atau sup ayam mungkin dapat membantu kurangkan sakit tekak yang dialami. Bukan itu sahaja, pengambilan cecair juga dapat memastikan lapisan mukosa pada kawasan tekak sentiasa bersih dan bebas daripada sebarang jangkitan.

3. Ambil makanan sejuk

Tidak semestinya panas, makanan sejuk juga dapat membantu mengurangkan sakit tekak. Ada orang gemar makan aiskrim atau minuman berais ketika mereka sakit tekak. Sebenarnya, tidak ada masalah sekiranya anda suka mengambil minuman sejuk, asalkan ia membuatkan tekak anda rasa lega.

4. Madu

Madu memang antara penawar semula jadi untuk sakit tekak. Ia mempunyai sifat antibakteria yang dapat memulihkan luka dan mengurangkan inflamasi. Cuba campurkan dua sudu madu ke dalam secara air suam. Kacau dan minum beberapa kali sehari. Tapi pastikan anda tidak beri madu kepada bayi di bawah satu tahun. 

5. Makan ubat antihistamin

Antihistamin mungkin dapat mengurangkan sakit tekak yang berlaku disebabkan alahan. Jadi anda boleh ambil ubat antihistamin jika rasa sakit tekak akibat alahan.

6. Vitamin, suplemen

Pengambilan suplemen memainkan peranan penting untuk memastikan sistem imun badan sentiasa kuat. Antara suplemen yang mungkin dapat membantu termasuk vitamin C, vitamin D dan zink. Pengambilan vitamin dan suplemen dapat mengurangkan simptom demam dan mempercepatkan pemulihan.

7. Minum teh herba

Teh hijau mempunyai sifat antibakteria dan antiradang yang dapat melawan jangkitan. Teh bunga chamomile pula dapat mengurangkan simptom yang anda alami. Teh panas juga mungkin dapat mengurangkan sakit tekak yang dialami.

8. Gunakan humidifier

Penggunaan humidifier mungkin dapat membantu kurangkan sakit tekak dan mengurangkan simptom alahan yang lain. Humidifier dapat membantu menukar air kepada wap. Ia juga membuatkan udara di sekeliling lebih lembap dan mempunyai kandungan kelembapan yang tinggi. Disebabkan kadar lembapan yang tinggi, kita kurang berisiko untuk mengalami sakit tekak.

9. Mandi dengan mandian wap 

Jika tiada pelembap udara di rumah, gunakan mandian air panas di rumah. Mandi air suam boleh menghasilkan wap dan jika disedut masuk ke dalam tekak boleh membantu mengurangkan kebengkakan dan melegakan simptom sakit tekak. Sekiranya anda tidak mahu mandi, boleh juga buka air panas di sinki dan sedut masuk wap panas yang terhasil.

10.Tinggikan kepala dengan bantal

Lazimnya, mereka yang mengalami sakit tekak turut mendapat masalah hidung tersumbat. Keadaan ini boleh menyebabkan anda tidur dengan mulut terbuka untuk bernafas. Bukaan tersebut boleh mengeringkan tekak anda menyebabkan sakit tekak semakin teruk. Oleh itu, jika mengalami masalah hidung tersumbat, cuba tinggikan kepala ketika baring bagi melegakan masalah hidung tersumbat, seterusnya sakit tekak anda.

11. Makan lozenges

Ini paling popular dan paling mudah didapati. Gula-gula khas dipanggil lozenges ini mudah didapati di pasaran. Ia juga sangat sedap dan mujarab untuk mengurangkan kerengsaan tekak anda. 

Perkara perlu dielak jika alami sakit tekak

cara hilangkan sakit tekak
Kredit foto: MyDoc

Perlu diingat, jika anda mengalami sakit tekak, elak lakukan empat perkara ini:

  • Duduk dalam suasana udara kering
  • Merokok
  • Makanan berasid, makanan pedas
  • Baring serta merta selepas makan, terutama jika ada masalah asid refluks

Bila perlu dapatkan rawatan?

cara hilangkan sakit tekak
Kredit foto: Docs Medical Group

Sudah bermacam petua dicuba dan sakit tekak anda tetap berlarutan. Mungkin sudah tiba masanya untuk anda berjumpa doktor jika: 

  • Mengalami sakit tekak yang teruk, berlarutan lebih 10 hari dan sakit bahagian telinga
  • Rasa susah nak telan, bernafas dan susah nak buka mulut
  • Batuk berdarah, ada darah dalam air liur
  • Ada ketulan di bahagian leher
  • Demam panas
  • Hilang suara selama seminggu atau lebih

Semoga artikel ini bermanfaat buat anda.

Sumber: Hellodoktor Siraplimau

Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia

Note:
The information in this article is accurate as of the date of publication.

Written by