Setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga pasti akan berfikir mengenai dekorasi rumah yang bakal mereka diami. Dan bagi Scha Alyahya dan Awal, ada beberapa barang rumah wajib ada sebagai dekorasi rumah untuk menjadikan rumah lebih selesa dan cantik.
Tidak kiralah rumah sendiri atau rumah sewa, pastinya mahukan dekorasi yang sedap mata memandang. Scha dan Awal berkongsi pendapat mereka.
Selebriti duo ini, yang terkenal bukan sahaja untuk projek pengacaraan dan lakonan mereka tetapi juga permainan gaya mereka dari fesyen pakaian hinggalah dekorasi rumah. Satu perkataan yang boleh dikaitkan dengan mereka sekeluarga adalah elegan! Bukan sahaja untuk diri mereka sendiri tetapi untuk dua anak perempuan mereka iaitu, Lara dan Lila.
Ikuti perkongsian mereka mengenai apa yang diperlukan oleh mana-mana pasangan untuk mencipta ruang untuk diri mereka sendiri di rumah. Setelah seharian penat mencari rezeki di luar, rumah adalah ruang paling penting untuk anda melepaskan lelah.
Scha Alyahya kongsi 6 barang deko wajib ada!
1. Cermin besar
“Anda perlu sentiasa dapat melihat diri anda sendiri,” kongsi Awal. Letakkan satu cermin besar (atau dua) di rumah untuk menjana ilusi ruang. Sama ada cermin besar dipasang di dinding atau berdiri sendiri, mempunyai cermin di sekeliling rumah memastikan anda kelihatan terbaik. Ini tidak menghairankan kerana seperti diketahui pasangan selebriti ini sentiasa memberikan yang terbaik apabila mereka keluar dari rumah. Kami pasti mereka juga hebat di rumah!
2. Siling tinggi dan pencahayaan semula jadi yang baik
Menurut Scha, setiap rumah memerlukan pencahayaan semula jadi yang menakjubkan (atau pencahayaan yang baik secara umum) dan jika boleh dilengkapi siling yang tinggi. Ruang yang luas (kedua-dua menegak dan mendatar) untuk memudahkan pergerakan akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pasangan, tetapi untuk individu lain juga. Siling tinggi mewujudkan perasaan yang lebih luas di rumah sambil membenarkan cahaya semula jadi yang banyak untuk masuk. Sudah tentu, semakin tinggi siling, semakin besar cermin anda. Kita sudah boleh bayangkan swafoto mereka ambil sekeluarga di cermin. Pasti cantik dan sempurna!
3. Sistem bunyi yang baik
Mahu berehat dan menghabiskan masa di rumah sepanjang hari? Scha Alyahya dan Awal mengesyorkan memasang sistem bunyi yang baik terutamanya di ruang tamu dan bilik tidur. Bersantai bersama orang tersayang sambil mendengar lagu kegemaran anda tanpa gangguan bunyi yang merunsingkan. Sistem bunyi yang baik juga penting supaya segala apa yang anda lakukan di rumah tidak didengari hingga ke luar. Barulah privasi namanya.
4.Taman kecil atau ruang luar
Kedua-duanya juga mencadangkan untuk mewujudkan beberapa ruang di luar seperti taman kecil. Ini sesuai untuk pasangan seperti Scha Alyahya dan Awal yang gemar menerima tetamu di rumah. Ruang luar juga membolehkan anak=anak seperti untuk berlari dan bermain sambil berada dalam keselesaan dan keselamatan di rumah mereka sendiri. Anda boleh hias taman anda mengikut seleras sendiri tetapi mungkin tidak perlu terlalu padat kerana ia tempat untuk anda tenangkan diri. Boleh juga berkelah bersama anak kecil di situ! Jika tidak mempunyai ruang yang besar cukup saja dengan ruang yang kecil dan pastikan dekorasi hijau saujana mata memandang menjadi pilihan anda kerana hijau sudah pastinya membangkitkan ketenangan.
5. Tandas peribadi
Walaupun pasangan, mereka yang baru mula hidup bersama terutamanya, perlu meluangkan banyak masa berkualiti antara satu sama lain, beberapa privasi atau masa berseorangan juga akan membantu dalam jangka masa panjang. Bagi kebanyakan orang, privasi berkait rapat dengan tandas. Hormati ruang peribadi pasangan anda sendiri.
Jadi tidak hairanlah mengapa pasangan ini sentiasa menjadi idola masyarakat di luar sana. Dekorasi rumah mereka sangat teratur dan kemas dengan gaya tersendiri. Sesuai untuk seisi keluarga yang mempunyai anak kecil. Walaupun hidup dengan penuh tumpuan daripada masyarakat kerana bergelar artis, apabila pulang ke rumah mereka tahu mereka punya ruang sendiri untuk menghabiskan masa di rumah.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Lara Alana, 9 dan Lila Amina yang kini berusia 2 tahun.
(Kredit foto: Instagram/ @schaalyahya)