Hari Lelaki jatuh pada bulan November, tiba masanya untuk kita hargai lelaki sedunia, tapi nak bagi hadiah apa untuk mereka?
Bagi yang tidak tahu, Hari Lelaki Sedunia disambut pada 19 November pada setiap tahun. Kenapa pula nak sambut kaum lelaki? Ianya bertujuan untuk meraikan pencapaian dan juga sumbangan kaum lelaki kepada bangsa, masyarakat, dan keluarga.
Tetapi Hari Lelaki Sedunia juga memperingati isu-isu yang melibatkan kaum Lelaki turut merangkumi masalah kesihatan mental dan juga fizikal dialami mereka. Ini menjadi satu hari untuk menyedarkan masyarakat tentang apa yang boleh dilalui oleh kaum lelaki yang sering dipandang remeh terutama sekali mengenangkan isu gangguan seksual.
Lelaki yang dirai itu artis, tokoh dan orang ternama sahaja? Tidak semestinya, anda boleh raikan semua lelaki–bapa, abang, adik, mahupun kawan yang menjadi insan yang paling berharga untuk anda. Anda juga boleh jadikan masa ini untuk tawan hati crush anda juga, siapa tahu ia menjadi ruang untuk anda berputik cinta bersama.
Apa yang menarik untuk bagi kepada lelaki?
Ya, mencari hadiah untuk lelaki adalah suatu perkara yang amat remeh. Walaupun mereka dianggap simple dan tidak rumit, hadiah yang kita mahu berikan kepada mereka perlulah sesuatu yang sering mereka pakai–erti kata lain yang mereka perlukan.
Ada juga berkongsi tip untuk dapatkan idea hadiah bagi lelaki adalah menerusi personaliti, hobi, ataupun minat individu yang anda ingin berikan hadiah itu. Mungkin, ini secara tidak langsung akan membantu dan memberikan individu itu terasa lebih bermakna.
pssst! Untuk mereka yang mahukan kerja mudah tanpa teka teki, anda boleh sahaja tanya terus pada mereka apa yang diinginkan. Ataupun boleh sahaja suruh mereka untuk buat satu whishlist hadiah yang mereka idamkan, dari situ anda pilih sahaja.
Bagi anda yang masih clueless dan tiada langsung idea untuk dapatkan hadiah yang menarik buat lelaki-lelaki di luar sana. Di bawah kami sediakan senarai barangan yang boleh menjadi inspirasi untuk anda berikan kepada lelaki-lelaki tercinta.
Baca artikel mengenai gaya hidup, tempat makan menarik, fesyen terkini, kecantikan dan kesihatan, serta gosip artis popular di Lifestyle Asia Malaysia
Isi kandungan
Laknit Soft Sneakers direka khas untuk keselesaan yang maksimum buat pemakai. Warna rona ‘earth tone’ dan neutral sesuai digayakan untuk kaum lelaki. Pakai sahaja apa-apa warna baju dan outfit, pastinya kaum lelaki akan nampak lebih kacak dan 100% stailo.
Menginspirasikan model GMC-B2100, jam kronograf G-SHOCK ini diperbuat sepenuhnya menggunakan logam dan ianya tahan lasak, dengan rim bezel bersegi lapan. Kemasan pada tali jam diserlahkan lagi dengan warna emas, terukir bersama tulisan “50th Anniversary”. Motif 0 dan 1 yang terukir di jam ini juga dalam bentuk lutsinar menghiasi perimeter luar pada permukaan jam, memberikan lagi sentuhan unik dan eksklusif.
Cermin Mata: Boss™ - 1726/G/CS
Direka dengan bingkai segi empat, Acetate Renew ini hadir bersama clip-on kaca mata hitam yang dilengkapi lensa polarized untuk penglihatan yang lebih jelas. Engsel fleksibelnya pula memastikan keselesaan maksima buat si pemakai. Ia juga tersedia dalam pilihan warna seperti hitam/havana dengan lensa hijau, hitam/coklat berjalur bersama lensa hijau, dan hitam dengan lensa kelabu.
Lelaki pastinya perlukan sesuatu yang mudah buat mereka. Backpack ini sesuai untuk digayakan kemana-mana dengan gayanya yang sleek dan moden. Praktikal beg ini juga sangat menarik kerana ia lengkap dengan ruang yang banyak untuk pengisian barang. Reka bentuk speed clip juga memastikan barangan akan sentiasa dalam keadaan selamat dan terjaga.