Kasih Iris Leona membikin namanya atas kudrat sendiri tanpa menunggang populariti bapanya, Azhar Sulaiman,–jauh sekali mahu digelar sebagai ‘nepo baby’. Tapi ramai yang tidak tahu personaliti dirinya yang berbeza dari layar media sosial.
“I rasa next year, I’m gonna get married!” terkejut kami di studio penggambaran ketika Leona secara tiba-tiba berkata begitu. Kini memenuhi ruangan kulit digital bagi edisi 012 bulan November ini adalah pempengaruh comel dan sensasi Malaysia, Kasih Iris Leona. Baru sahaja menginjak umur 22 tahun, Leona dikenali ramai dengan personalitinya yang riang dan lucu—cakap dengan saya siapa yang tidak tahu nyanyian Ketipak Ketipung Raya versinya?
Siapa sebenarnya persona Kasih Iris Leona?
Gadis ceria ini sering memenuhi garis masa di platform media sosial TikTok dengan video lucunya, malah Leona juga kini sering menjadi tetamu undangan untuk beberapa channel podcast bagi mengupas mengenai dirinya dengan lebih mendalam. Tenyata, itu bukanlah Kasih Iris Leona seperti yang ramai kenali, dia kelihatan serius dan bercakap dengan penuh makna. Kami juga tertanya adakah Kasih Iris Leona punyai personaliti yang berbeza yang tidak pernah dirungkai di media sosial? “I think the real me has many sides, apa yang orang nampak di media sosial itu tidak semestinya persona yang bukan diri saya, saya tetap diri saya, cumanya ia versi yang lain, more extroverted.”
Katanya lagi, persepsi orang terhadap dirinya hanya tertumpu pada video klip pendek yang sering dimuat naik di akaun TikTok, manakan tidak hampir setiap keletahnya menjadi tontonan umum sebagai bahan hiburan. “Mungkin ramai yang lihat saya dalam klip video yang lebih pendek, nampak saya lebih energetik bukan? Tapi apabila penonton yang lihat saya dalam video berdurasi panjang seperti di dalam podcast atau YouTube, saya sebenarnya lebih calm dan slightly more serious. Many people think that I am just very like playful and don’t have that much thoughts in my head, sebenarnya saya ni control freak, atau boleh dikatakan perfectionist. Saya mempunyai expectation yang tinggi terhadap diri saya sendiri, tetapi saya tidak meletakkan harapan tinggi pada orang lain. And I don’t feel like it’s a burden tapi something that drives me everyday, beri motivasi pada diri saya.”
Leona suka raih perhatian, jadi watak utama
Dahulu, ramai juga tidak tahu bahawa Kasih Iris Leona merupakan anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman, sehingga satu hari menjadi satu berita hangat di dunia media. Banyak ceritanya menjadi bualan di portal-portal hiburan dan media sosial–mungkin tentang pemakaiannya atau kelantangannya memberi pendapat. Jadi sempat kami bertanya pada empunya badan, bagaimana dirinya membesar dengan figura bapa seorang artis. “My earliest memory of my life is all being on set, I selalu ikut ayah saya shooting drama. I actually don’t remember much about my childhood, tetapi saya ingat banyak kamera ketika pulang di rumah. Bila balik sahaja dari sekolah, ayah saya akan menyuruh untuk saya duduk di dalam bilik dan tidak membuat bising, sebab sesi penggambaran sedang berjalan.”
Leona akui dirinya suka diperhati orang ramai, tidak kisah apa yang dia lakukan asalkan itu menjadikan dirinya sebagai watak utama. “Waktu saya mula berjinak sebagai pempengaruh, orang ramai tidak tahu saya anak kepada Azhar Sulaiman, orang mula tahu apabila saya saya sudah dikenali. Jadi saya tidak guna pengaruh ‘nepotism’ itu? Haha. And ya, saya sejenis yang suka jadi “the center of attention” saya memang sukakan perhatian. Whenever I travel overseas, I always said it’s my birthday, and have a fake birthday celebration! That’s how much I love being the center of attention. Saya suka jadi main character! Teringat sewaktu berada di Jakarta, my birthday was 5 days straight!”
Terdahulu Leona juga pernah berkongsi tentang kehidupannya yang boleh dikatakan privileged. Manakan tidak, Kasih Iris Leona seorang anak kepada pelakon dan kehidupannya pula kelihatan mudah, apa yang dia mahu dapat dituruti. “I don’t really think that the childhood privileged 100% shaped me, saya rasa ia lebih kepada apa yang I experienced, shaped me now. It’s more like a combination of everything that I did, itulah yang menjadikan diri saya. Banyak benda yang saya lakukan, saya adalah hasil product usaha saya sendiri. Ya, boleh dikatakan sedikit sebanyak kehidupan childhood saya privilege mungkin beri pengaruh, not everyone has access to everything I did, so I never denied that privilege Saya bangga dengan apa saya miliki, my parents are capable of giving me that kind of upbringing.”
Kasih Iris Leona juga punyai pelbagai gelaran salah satunya Mek Leona! Karakternya yang kelakar sering menceriakan hati penonton di Malaysia. Untuk berada di tahapnya pastinya seseorang itu memerlukan keberanian dan keyakinan yang tinggi–jadi bagaimana Leona lakukannya? “Mungkin kerana saya telah didedahkan dengan pelbagai situasi dan aktiviti. Ibu saya sering masukkan saya dalam ‘public speaking‘ dan kelas drama. I did so many activities that built my confidence. Dan saya rasa cukup secure dengan diri saya. Kalau saya hanya duduk di rumah, tak didedahkan dengan aktiviti-aktivit yang sebegitu, mungkin saya tidak seyakin sekarang ini.”
Leona juga berkata ibunya menjadi tunjang utama dalam pendedahan dunia luar. Dirinya yang berani terbukti berkat usaha ibunya yang sering memberi ruang pada dirinya sertai pelbagai aktiviti yang luar dari jangkaan. Tetapi, adakah Leona betul-betul enjoy setiap momen itu. Jawab Leona, dia suka dan tidak pernah menyesal. “To be honest, saya suka! And I love camping. Bila saya dah meningkat dewasa, Ibu saya lebih menggalakkan saya dengan aktiviti yang penuh mencabar. She will send me to the best camp and the worst one. Tapi saya faham niat dia hanyalah untuk saya memahami erti merendah diri. Pernah dahulu, saya pergi ke satu perkhemahan di Amerika seorang diri, dan saya tak kenal siapa-siapa. Bila orang tengok macam best, “Oh, Leona dapat pergi camp di Amerika, di Norway,” tapi saya juga pernah pergi perkhemahan yang teruk di sana. Dan itu semua memberi banyak pengajaran pada saya. Membesar dengan ibu saya, dia memang terapkan saya untuk kekal humble, tidak bermegah-megah, semua kelebihan yang saya ada hadir daripada keluarga saya, jadi saya perlu bina nama saya sendiri.”
Goals Leona: Terbuka terima kekecewaan dan plan B!
Melihat kehidupannya yang penuh dengan aktiviti dan tiada masa yang terluang, Kasih Iris Leona sememangnya seorang individu yang tercipta dengan kekuatan untuk menjulang nama yang tinggi. Tetapi setiap kejayaan yang dikecapi pastinya ada pengorbanan yang perlu ditempuhi. Itu tidak terkecuali buat Leona.
Leona pernah berkongsi di media sosial tentang dirinya yang pernah berkorban kehidupan sosialnya sewaktu membesar sehingga satu saat dia terpaksa berkawan dengan pemandunya. Sebagai Leona yang sekarang, apa yang ingin dikatakan untuk dirinya yang terdahulu. “Haha, saya pernah buat satu content bersama pemandu saya, kami menari dengan lagu K-pop. Ya, memang saya banyak korbankan waktu sosial saya ketika masih kecil, tapi dengan pengorbanan itulah yang membawa diri saya di mana saya sekarang dan saya sangat menghargainya. Apa yang saya ingin katakan pada diri saya waktu kecil dulu–“hang in there!”. Sebab saya sewaktu kecil memang tidak faham situasi yang berlaku, kenapa saya perlu buat semua benda ini. kenapa saya menjadi terlalu sibuk? Saya rasa sebab itulah saya menjadi sedikit matang untuk usia yang muda, saya selalu cuba untuk faham perasaan saya. Saya pernah bertanya pada ibu saya kenapa saya perlu rasa begitu, dan jawapan ibu pada saya–ini semua untuk masa depan saya. Tapi itu tidaklah membuatkan rasa terlalu sunyi atau loser, cuma saya tidak ada masa untuk luahkan bersama kawan-kawan setiap hari sebanyak mana saya mahu.”
Ya, menemubual Leona membuatkan kami sedar seorang individu berusia 22 tahun sudah punyai visi dan misi dalam kehidupannya. Leona juga pernah aktif bekerja amal dan dia kini sedang mengusahakan perniagaan Kaftan yang sold out sekelip mata! “Honestly, itu impian saya waktu kecil dulu. Saya memang mahu mengubah dunia. I wanted to do good in this world. saya tidak tahu apakah ia, tapi saya mahu menyumbang pada dunia ini. Bagi jenama kaftan saya kali ini, kami membantu orang asnaf, jadi kami beri pekerjaan kepada mereka untuk menghasilkan kaftan Mekna.my, saya boleh bantu orang-orang di negeri asal saya, Kelantan.”
Mengakhiri ruangan istimewa tentang Kasih Iris Leona, apakah yang menjadi perancangan dalam garis masa kehidupannya. Adakah seperti yang dia katakan ketika penggambaran–berkahwin? punyai rumah atau empayar sendiri? “Last time, yes, saya mahu sesuatu itu berlaku pada tahun sekian-sekian. Tetapi saya rasa seperti life never goes the way you plan. Ada goals yang bagus saya bawa kearah yang betul, tapi pada masa yang sama, saya perlu berlapang dada sekiranya goal itu tersasar. Saya belajar erti kekecewaan tapi itulah apa yang saya terbuka menerima let go dan buka peluang pada matlamat yang lain. Saya seorang yang perfectionist, jadi saya ada bayangan untuk di mana saya mahu berada di masa akan datang, tapi pada masa yang sama, I am open to anything. At the end of the day you just want to be happy. Sometime plan B works, and at the end of the day you just want to be happy. Kita perlu fleksibel dengan goals kita, dan lebih terbuka.”