Resolusi Era Baharu
Membuka tahun baharu 2024, kami menemu ramah bintang generasi masa kini, Anna Jobling. Menggayakan helaian-helaian daripada Louis Vuitton, Longchamp, Moschino serta aksesori Swarovski, Anna berbicara tentang sepanjang pengalaman bergelar anak seni dan merencana perancangan masa hadapannya.

Penghias Kulit Digital : Anna Jobling
Anna Jobling menghiasi isu pertama kami menyarung dress daripada Louis Vuitton Cruise 2024. Seorang yang cukup cantik, berperwatakan ceria dan petah lidahnya, Anna akhirnya mencapai cita-cinta kencana untuk bergelar seorang pelakon tanah air. Dia melihat perkembangan kerjaya seninya – selepas kehangatan drama ‘Melur Untuk Firdaus’ – telah membuka ruang untuk memperhebat lagi nama dan berharap suatu hari nanti mampu meneladani anak-anak seni yang lain.
Baca Cover Story
Lebih Dikenali, Lebih Besar Tanggungjawab

Sentiasa mengekalkan momentum selagi berdaya
"Bukan senang untuk senang, bukan susah untuk susah," antara kata-kata ibunya yang digenggam erat.

Satu Lagi Pencapaian
“Why me? Mengapa saya dipilih? Itu adalah soalan yang berbisik dalam hati saya. Syukur atas rezeki ini, kerana saya menjadi sebahagian daripada sejarah Lifestyle Asia Malaysia! Saya cukup berbangga dan bertuah.”

Style
Louis Vuitton Malaysia buka tirai butik baharu di The Exchange TRX, Kuala Lumpur
By Izzati Saadin Dec 16, 2023 | 2 min read