Temui Cinta Di Dubai?
Kembara model Malaysia, Tuti Noor ke Dubai untuk pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini di Dubai Fashion Week bersama Lifestyle Asia Malaysia, membenarkan kami untuk mendalami apresiasi diri, karier dan pengalamannya

Penghias Kulit Digital : Tuti Noor
Tuti Noor umpama menghidupkan atribut ‘Mehrunissa’ saat dia meligatkan aksi menggayakan himpunan Rizman Ruzaini musim luruh / dingin 2024 di Dubai. Kehebatannya sebagai seorang model bisa menjadi versatile, sungguhpun masih menetapkan identiti serta keunikan diri. Itulah yang diperjuangkan oleh Tuti dan impak yang dia mahu tinggalkan dalam industri fesyen dalam peringkat glokal.
Baca Cover Story
Masa hadapan model-model Malaysia kian menyinar

Tuti dah menemukan cinta di Dubai?
“Kalau ada Habibi di Dubai yang sudi meladeni cinta saya… lets’ go! Haha! Kidding!”

Tuti membentangkan sayap ke Timur Tengah
‘Cintanya’ pada dunia modelling bukan sahaja di Asia dan Eropah, malah kini sudah ke Timur Tengah. “It is always a pleasure working with them,” kata Tuti. Rizman Ruzaini memilih Tuti untuk menjadi representasi musim luruh / dingin 2024 adalah keputusan yang terbaik.