LSA MY Digital Cover Isu 005: Masdo

LSA MY Digital Cover Isu 005: Masdo
Home > Sponsored Posts > Istimewa > LSA MY Digital Cover Isu 005: Masdo

Modus Retrospeksi

Menegapkan identiti tersendiri dan melawani konformis, kugiran Masdo mengiramakan seni muzik pop klasik. Ali Sariah, Putu Ceri dan Asmawi menyirat harapan untuk menjadikan Masdo sebagai pemuzik unik dalam industri tanah air. Mereka melangkah penuh yakin dengan karya-karya yang takkan sama dengan yang lain, lantas mendatangkan jaya. Bersama ketiga-tiga ahli kugiran Masdo sebagai penghias Digital Cover kami, yang memperlengkapkan gaya dengan kasut-kasut daripada Larrie Shoes.
LSA MY Digital Cover Isu 005: Masdo

Penghias Kulit Digital : Masdo

Ali Sariah, Putu Ceri dan Asmawi daripada kugiran Masdo tampil retro dalam penggayaan daripada Fred Perry, Sacoor Blue, Chopard serta Larrie Shoes. Bermula daripada sekadar melengahkan waktu, akhirnya Masdo berkeputusan untuk serius menjadi pemuzik sepenuh masa dan menghasilkan karya-karya terbaik untuk pendengar-pendengar yang menghargai genre mereka. Mereka sudah puas mengembara, mengetengahkan muzik retro di Indonesia, United Kingdom dan selepas ini ke Mongolia, Korea serta Australia!
BACA ARTIKEL
LSA MY Digital Cover Isu 005: Masdo
Sehari selembar benang, lama-lama jadi sehelai kain
Segala ikhtiar dan sabar akhirnya mendatangkan kejayaan jua. Setelah Masdo mengeluarkan lagu berjudul ‘Bunga’ pada tahun 2017, sambutannya cukup menggalakkan.

Lagu Bahasa Melayu boleh terbang meluas sebegini… siapa sangka, kan?

LSA MY Digital Cover Isu 005: Masdo

Bayangan retro beragaman ke gaya hidup Masdo

"Mencapai sedikit puncak kesempurnaan imej kami."
LSA MY Digital Cover Isu 005: Masdo

Menghadiahkan karya-karya yang bagus

Bakal meraikan ulang tahun kesepuluh, Masdo akan menganugerahkan sesuatu yang istimewa!