Modus Reformasi
Selepas lima tahun, DOLLA kini bergerak secara trio. Namun, mereka masih utuh berdiri dan berkuasa dalam liga muzik Malaysian Pop atau M-pop. Sabronzo, Tabby dan Angel kini beranjak ke fasa baharu - memandang titik peralihan ini sebagai momen untuk memperelok semula dan membaharui aspek kumpulan DOLLA. Kami menampilkan DOLLA sebagai penghias Digital Cover isu muzik, menghiasi ketiga-tiga dewi M-pop bersama beg tangan istimewa daripada Lancel Paris.

Penghias Kulit Digital : DOLLA
Meredah kekalutan, mententeramkan sukma. Menajamkan niat agar apa yang dilalui tidak mengambus terus nama mereka. Tumpuan DOLLA sebagai trio - Sabronzo, Tabby dan Angel - kini mahu terus mara, memikul tanggungjawab sebagai penghibur seni peringkat glokal dan beri yang terbaik kepada peminat-peminat.
BACA ARTIKEL
We are holding strong for the fans and the group

Pesan DOLLA kepada pelapis girl group M-pop
“Jangan gentar melangkaui sempadan, sentiasa gigih bereksperimen dan jangan biar tenaga-tenaga negatif merintangi visi anda."

Terpilih untuk bertanding di Show It All
“Pengalaman yang mengubah hidup kami!”