SERIOSA MASA: Shalma Ainaa
Tahun 2024 mencipta langkah keberanian selepas 8 tahun menyimpan hasrat. Pendirian kuat menyatakan 'Ya', Shalma ingin melakar setiap impian yang tertulis dalam misi kehidupannya. Kini pempengaruh, pengacara, dan usahawan, Shalma Ainaa, menjadi penghias kulit digital Lifestyle Asia Malaysia edisi bulan Oktober yang dirias sempurna oleh MAKE OVER.

Penghias Kulit Digital: Shalma Ainaa
Tuah menyambar empunya diri apabila tahun ini label fesyennya, SHALS benar-benar mengegarkan pentas peragaan KLFW (Kuala Lumpur Fashion Week) 2024. Setelah 13 tahun membina empayar SHALS, Shalma membuktikan kewibawaannya dalam menghasilkan rekaan yang bernafas segar dan minimalis.
Baca Cover Story
Menzahirkan cerita melalui konsep visual

Kemahuan tinggi, satu manifestasi realiti
“Saya mahu letakkan SHALS 'on the world map.' Mungkin setaraf Jacquemus, Loewe siapa tahu kan. Saya impikan SHALS berdiri gah di Selfridges, London."

Cinta jadi pendamping kejayaan
"Sejujurnya saya dan Imar kami berdua bermula dengan kosong. Itulah jua Imar, dia tidak akan cemburu kalau saya lebih berjaya atau terkenal. He saw capabilities, he believed in me."
Lebih Lanjut Tentang Kecantikan

Kecantikan
Beauty Buys: 8 produk kecantikan terbaru yang patut masuk ‘Wishlist’ Oktober
By Qee Shauqi Oct 07, 2024 | 5 min read

Kecantikan
Senarai produk kecantikan Malaysia yang telah menempa nama secara global
By Farhana Fuad Aug 26, 2024 | 9 min read